1 00:00:05,423 --> 00:00:08,433 KELUARGA STEVENSON 2 00:00:10,594 --> 00:00:13,394 {\an8}Saya tak sangka akan takut berada di Margrave. 3 00:00:13,389 --> 00:00:15,309 Masih tiada petunjuk? 4 00:00:16,350 --> 00:00:17,770 Tiada yang berguna. 5 00:00:18,853 --> 00:00:22,823 Siasatan yang mereka arahkan macam tak betul saja. 6 00:00:23,733 --> 00:00:25,443 Awak dah tanya Finlay? 7 00:00:26,485 --> 00:00:29,485 Dia sentiasa abaikan saya apabila dia ada. 8 00:00:29,572 --> 00:00:32,412 Selepas Roscoe tumbuk Teale, saya tak nampak dia lagi. 9 00:00:32,408 --> 00:00:34,658 Saya dan Baker bersendirian. 10 00:00:34,744 --> 00:00:38,464 Saya cuba hubungi Paul dan Charlie lagi hari ini. 11 00:00:41,459 --> 00:00:42,919 Mereka takkan jawab. 12 00:00:43,878 --> 00:00:46,838 Mereka melarikan diri atau dah mati. 13 00:00:48,758 --> 00:00:51,178 Saya rasa kita patut pergi. 14 00:00:51,177 --> 00:00:54,347 Walaupun polis dapat selesaikan, sebab En. Kliner dah mati, 15 00:00:54,430 --> 00:00:57,980 bandar ini takkan kembali seperti keadaan sebelum dia tiba. 16 00:00:58,642 --> 00:01:00,852 Ibu bapa saya suka jika kita ke Tupelo. 17 00:01:00,853 --> 00:01:05,523 Saya tahu. Tak lama lagi kita perlukan pengasuh bayi percuma. 18 00:01:07,318 --> 00:01:10,448 - Bila kita nak beritahu orang? - Tak lama lagi. 19 00:01:54,949 --> 00:01:58,869 {\an8}ANAK SAYA PERGI KE NY DAN SAYA CUMA DAPAT KEMEJA-T BURUK INI 20 00:01:58,953 --> 00:02:00,083 {\an8}Teksi. 21 00:02:00,830 --> 00:02:02,370 Di sini! Hai. 22 00:02:13,634 --> 00:02:16,104 Jerman. Pengembaraan baru, bukan? 23 00:02:16,095 --> 00:02:18,255 Ini bukan pengembaraan. 24 00:02:18,264 --> 00:02:22,434 - Ini hukuman. Jerman membosankan. - Kali ini pasti berbeza. 25 00:02:25,020 --> 00:02:27,570 Tengoklah anak-anak mak. Kamu nampak keliru. 26 00:02:27,565 --> 00:02:31,485 Kamu nampak orang baik dihukum, orang jahat dapat apa yang mereka mahu 27 00:02:31,569 --> 00:02:33,069 dan kamu tak faham. 28 00:02:33,070 --> 00:02:37,120 Mak nak beritahu sesuatu yang tak begitu masuk akal sekarang, 29 00:02:37,116 --> 00:02:39,946 tapi harapnya kamu akan faham apabila dewasa. 30 00:02:40,995 --> 00:02:44,415 Joe, kamu tak perlu selesaikan semua masalah dalam dunia. 31 00:02:44,415 --> 00:02:46,625 Selesaikan sedikit dah cukup. 32 00:02:46,709 --> 00:02:51,299 Reacher, kamu ada kekuatan tiga orang budak sebaya kamu. 33 00:02:51,297 --> 00:02:53,507 Apa kamu nak buat dengan kekuatan itu? 34 00:02:57,261 --> 00:02:59,471 Kamu akan buat perkara yang wajar. 35 00:03:30,878 --> 00:03:31,998 Cantik baju awak. 36 00:03:32,004 --> 00:03:34,554 Baju saya kena darah. 37 00:03:34,632 --> 00:03:37,682 Sebahagiannya darah saya. Akibat pisau dan pistol. 38 00:03:38,886 --> 00:03:39,886 Konsol tengah. 39 00:03:48,062 --> 00:03:51,612 - Apa yang awak tahu di New York? - Kertas paling penting. 40 00:03:51,607 --> 00:03:53,897 Dakwat mudah diperoleh, plat boleh dibuat. 41 00:03:53,901 --> 00:03:56,741 Mendapatkan kertas mata wang yang tepat paling rumit. 42 00:03:56,737 --> 00:03:59,277 - Selain itu? - Cuma satu tempat di negara ini 43 00:03:59,365 --> 00:04:03,535 yang buat kertas itu dan Joe pastikan kawalannya ketat. Melainkan... 44 00:04:04,161 --> 00:04:06,791 - Melainkan dia tak berjaya. - Ya. 45 00:04:07,915 --> 00:04:11,205 Mungkin ada orang kotor di dalam yang Joe tak tahu. 46 00:04:11,210 --> 00:04:13,960 Hubble pengurus mata wang dan menangani wang tunai. 47 00:04:13,963 --> 00:04:17,803 Mungkin dia bekerja dengan kakitangan pembekal yang disogok. 48 00:04:17,800 --> 00:04:19,890 Okey, ada apa-apa lagi? 49 00:04:19,969 --> 00:04:22,429 Saya terjumpa satu lagi orang Venezuela. 50 00:04:22,513 --> 00:04:24,313 Apa yang berlaku? 51 00:04:24,390 --> 00:04:26,230 Kami main gantung-gantung. 52 00:04:29,812 --> 00:04:33,022 Hantar saya ke bengkel kereta. Saya nak ambil Bentley. 53 00:04:34,566 --> 00:04:38,946 Saya nak singgah di satu tempat. Awak kena duduk dalam kereta. 54 00:04:42,616 --> 00:04:46,616 Tidak ramai saudara sedarah En. Kliner di Margrave. 55 00:04:46,704 --> 00:04:48,874 Cuma anaknya dan anak saudaranya. 56 00:04:48,956 --> 00:04:52,456 Namun saya fikir seluruh penduduk bandar ini keluarganya. 57 00:04:52,543 --> 00:04:56,173 Dia menganggap kita seperti saudaranya sendiri. 58 00:04:56,255 --> 00:05:00,795 "Yang wajar binasa dan tiada siapa mengingatinya. 59 00:05:01,927 --> 00:05:04,137 "Yang warak diambil pergi, 60 00:05:04,972 --> 00:05:10,852 "dan tiada siapa faham yang wajar diambil agar tak diganggu oleh yang jahat. 61 00:05:12,813 --> 00:05:16,443 "Yang jujur memasuki kedamaian, 62 00:05:19,445 --> 00:05:22,565 "mereka memperoleh ketenangan dalam kematian." 63 00:05:56,523 --> 00:06:00,033 - Awak buat apa di sini? - Beri penghormatan. 64 00:06:00,027 --> 00:06:02,647 Betul? Nak tahu apa pendapat saya? 65 00:06:04,031 --> 00:06:05,621 Saya rasa awak bunuh dia. 66 00:06:07,659 --> 00:06:11,289 Awak suka jika saya kelar awak macam awak kelar dia? 67 00:06:15,584 --> 00:06:18,804 Pertama, saya bukan beri penghormatan kepada pak cik awak 68 00:06:18,796 --> 00:06:20,666 sebab saya tak pernah hormat dia. 69 00:06:21,507 --> 00:06:23,877 Namun dia bererti bagi penduduk di sini. 70 00:06:23,884 --> 00:06:26,934 Saya beri penghormatan kepada Margrave sebagai Ketua Detektif. 71 00:06:28,138 --> 00:06:34,098 Kedua, berundur sekarang sebelum dua Kliner masuk dalam kubur itu. 72 00:06:37,231 --> 00:06:38,901 Jumpa lagi, Finlay. 73 00:06:56,500 --> 00:06:58,040 Nampaknya berjalan lancar. 74 00:06:58,877 --> 00:06:59,747 Diamlah. 75 00:07:02,589 --> 00:07:04,259 Mari pergi ambil kereta. 76 00:07:10,556 --> 00:07:12,806 Roscoe ada hubungi awak? 77 00:07:12,808 --> 00:07:15,558 Tidak, tapi Picard patut maklumkan hari ini. 78 00:07:27,156 --> 00:07:31,326 Hei, orang Bentley. Maaf, awak kena datang semula petang ini. 79 00:07:31,410 --> 00:07:33,950 Baru dua tingkap yang digelapkan. 80 00:07:33,954 --> 00:07:34,964 Dah cukup. 81 00:07:34,955 --> 00:07:36,575 Awak terima kerja separa siap? 82 00:07:36,582 --> 00:07:39,502 Hanya penyanyi rock gelapkan keempat-empat tingkap. 83 00:07:39,585 --> 00:07:40,995 Saya bayar harga penuh. 84 00:07:45,215 --> 00:07:47,885 Suka hati awaklah, bos. Saya akan bawakan. 85 00:07:47,885 --> 00:07:50,885 Tim, letak pasir kucing pada tumpahan minyak itu. 86 00:07:53,056 --> 00:07:56,266 Nampaknya awak selesa membelanjakan wang palsu. 87 00:07:56,268 --> 00:07:58,098 Nak saya belikan awak sesuatu? 88 00:07:58,187 --> 00:08:00,807 Seluar jean dan tiket konsert Hall & Oates? 89 00:08:08,530 --> 00:08:10,280 Ya, Kapten Finlay bercakap. 90 00:08:15,120 --> 00:08:17,210 PASIR KUCING 91 00:08:21,919 --> 00:08:23,459 Okey, saya datang segera. 92 00:08:27,758 --> 00:08:29,178 Apa yang berlaku? 93 00:08:43,899 --> 00:08:46,189 Nampaknya soalan kita dah terjawab. 94 00:08:49,154 --> 00:08:50,664 Soalan mana? 95 00:08:50,656 --> 00:08:53,366 Adakah Stevenson polis kotor. Pasti dia terlibat 96 00:08:53,367 --> 00:08:55,657 sebab dia dilayan macam Morrison. 97 00:08:55,661 --> 00:08:57,291 Ini tak sama. 98 00:08:57,371 --> 00:09:00,371 Cara Morrison dibunuh seperti menyampaikan pesanan. 99 00:09:01,416 --> 00:09:03,626 - Ini berbeza. - Berbeza macam mana? 100 00:09:03,627 --> 00:09:06,257 Pertama sekali, alat sulitnya tak diusik. 101 00:09:06,755 --> 00:09:09,215 - Itu yang pertama saya periksa. - Tepat sekali. 102 00:09:09,216 --> 00:09:12,966 Mereka tak nak Stevenson terkejut. Mereka nak dia lemah. 103 00:09:12,970 --> 00:09:14,970 Mereka nak dia melihat. 104 00:09:14,972 --> 00:09:16,602 Ada pita pelekat dan cermin. 105 00:09:16,682 --> 00:09:19,062 Mereka dera isterinya di depan dia. 106 00:09:19,059 --> 00:09:22,479 Dia dapat lihat dari semua arah. Ya Tuhan. 107 00:09:22,479 --> 00:09:24,649 Mereka nak dapatkan maklumat. 108 00:09:25,565 --> 00:09:27,685 Maksudnya Stevenson tak terlibat. 109 00:09:28,151 --> 00:09:30,951 Pasti Dawson sedar lubang pada bumbung traknya 110 00:09:30,946 --> 00:09:32,816 dan tahu kita semakin hampir. 111 00:09:32,823 --> 00:09:36,743 Kita semua tiada, jadi mereka buru sumber terbaik berikutnya. 112 00:09:36,827 --> 00:09:38,827 Stevenson ahli keluarga Hubble. 113 00:09:38,829 --> 00:09:41,369 Dia bercakap dengan Roscoe, awak dan saya. 114 00:09:41,373 --> 00:09:45,753 Kita fikir dia bekerja dengan mereka sedangkan dia bekerja dengan kita. 115 00:09:45,836 --> 00:09:49,206 Jika dia dimaklumkan, mungkin mereka berdua dapat dilindungi. 116 00:09:50,465 --> 00:09:51,335 Bertiga. 117 00:09:54,011 --> 00:09:56,311 Finlay dan Reacher, mari sini sebentar. 118 00:10:11,028 --> 00:10:12,068 Awak nak apa? 119 00:10:14,197 --> 00:10:15,567 Saya nak lepaskan awak. 120 00:10:16,825 --> 00:10:17,905 Atas alasan apa? 121 00:10:17,993 --> 00:10:19,583 Tak mampu menjalankan tugas. 122 00:10:19,578 --> 00:10:21,658 Berapa ramai lagi orang perlu dibunuh 123 00:10:21,747 --> 00:10:24,037 kerana awak pegang jawatan besar? 124 00:10:24,041 --> 00:10:27,251 Awak tak boleh tangkap polis perempuan yang serang saya. 125 00:10:27,336 --> 00:10:29,246 Bandar ini memang dah berpenyakit, 126 00:10:29,338 --> 00:10:31,968 tapi polis baru yang dimarahi? 127 00:10:32,049 --> 00:10:33,429 Saya membantu awak. 128 00:10:33,425 --> 00:10:35,835 Pergi sebelum akibatnya semakin buruk, 129 00:10:35,844 --> 00:10:38,974 dan mungkin awak boleh jadi pengawal keselamatan. 130 00:10:39,056 --> 00:10:41,346 Pergi ke balai dan kemas barang. 131 00:10:41,350 --> 00:10:44,390 Tinggalkan pistol dan lencana di meja saya sebelum keluar. 132 00:10:45,187 --> 00:10:47,687 Awak bukan polis. 133 00:10:48,482 --> 00:10:51,492 Tinggalkan tempat kejadian ini sebelum ditangkap. 134 00:10:51,485 --> 00:10:54,905 Saya tanam seorang lelaki baik dan lihat seorang lagi dibunuh, 135 00:10:54,905 --> 00:10:57,365 bersama isterinya. Jangan cabar saya. 136 00:10:57,366 --> 00:11:00,236 Saya perlu hubungi Daerah Warburton 137 00:11:00,327 --> 00:11:02,497 dan minta mereka hantar polis sebenar. 138 00:11:06,500 --> 00:11:09,960 Jadi dia halau saya tanpa perlu membunuh. 139 00:11:10,045 --> 00:11:12,165 Kita takkan dapat lihat bahan bukti. 140 00:11:12,172 --> 00:11:15,512 Mungkin kita boleh dapat sesuatu daripada Jasper di makmal. 141 00:11:15,509 --> 00:11:16,639 Hei. 142 00:11:16,635 --> 00:11:19,505 Saya kena maklumkan ibu bapa Stevenson. 143 00:11:19,513 --> 00:11:23,103 Walaupun saya bukan lagi polis, tapi dia bawah jagaan saya. 144 00:11:23,100 --> 00:11:25,020 Saya patut pandang mata mereka 145 00:11:25,102 --> 00:11:28,192 dan cakap mereka kehilangan anak dan menantu. 146 00:11:28,188 --> 00:11:29,518 Serta cucu. 147 00:11:31,024 --> 00:11:31,984 Ya. 148 00:11:32,901 --> 00:11:36,031 Saya tahu awak marah. Saya pun marah. 149 00:11:36,947 --> 00:11:39,237 Jangan buat hal mengarut semasa saya tiada. 150 00:11:39,241 --> 00:11:42,201 Ikut rancangan. Lihat apa yang ditemui di rumah Hubble. 151 00:11:43,120 --> 00:11:44,040 Baiklah. 152 00:11:44,121 --> 00:11:47,171 Sebelum itu, saya nak ajak polis terakhir di Margrave makan. 153 00:11:56,550 --> 00:11:58,180 Awak tak sentuh makanan. 154 00:11:59,136 --> 00:12:00,796 Saya tiada selera. 155 00:12:01,638 --> 00:12:03,678 Awak tak sedih tentang Stevenson? 156 00:12:05,058 --> 00:12:07,478 Apa yang awak merepek? 157 00:12:08,854 --> 00:12:11,524 Kami kenal sejak dia masih budak penghantar akhbar. 158 00:12:12,566 --> 00:12:15,936 Mak cik saya ajar isterinya koir di sekolah, cuma... 159 00:12:16,820 --> 00:12:17,820 Cuma apa? 160 00:12:19,656 --> 00:12:22,236 Menangisinya tak bawa kebaikan. 161 00:12:22,868 --> 00:12:27,038 Demi mereka, kita patut cari dan hapuskan pembunuhnya. 162 00:12:29,332 --> 00:12:33,172 Mungkinkah Stevenson bermusuh dengan orang yang dia penjarakan? 163 00:12:33,170 --> 00:12:35,420 Macam yang Teale rasa tentang Morrison? 164 00:12:36,798 --> 00:12:38,128 Awak tak rasa begitu? 165 00:12:38,133 --> 00:12:39,933 Teori Teale mengarut. 166 00:12:41,136 --> 00:12:43,556 - Nak bungkus makanan itu? - Boleh juga. 167 00:12:43,555 --> 00:12:45,265 Saya nak pai pic. 168 00:12:45,265 --> 00:12:46,675 Awak pula? 169 00:12:46,683 --> 00:12:48,643 - Rasanya... - Apa jua kecuali pai. 170 00:12:48,727 --> 00:12:51,307 Pegawai Baker baru pesan pai terakhir. 171 00:12:51,313 --> 00:12:53,403 Siapa leka, dia kalah, Reacher. 172 00:12:53,482 --> 00:12:55,982 Tempat ini jual pai terbaik di negeri ini. 173 00:12:55,984 --> 00:12:57,694 Itu yang saya dengar. 174 00:12:57,694 --> 00:12:59,704 Tiada apa-apa untuk saya. 175 00:13:00,739 --> 00:13:02,909 Jika awak rasa Teale salah, 176 00:13:02,908 --> 00:13:05,828 awak rasa siapa yang bunuh mereka semua? 177 00:13:05,911 --> 00:13:09,161 - Kenapa beritahu saya? - Saya jawab soalan kedua dulu. 178 00:13:12,918 --> 00:13:15,208 Hanya awak yang saya percaya di Margrave. 179 00:13:15,212 --> 00:13:18,222 Tepat sekali. Kenapa awak cakap begitu? 180 00:13:18,215 --> 00:13:22,545 Morrison, Kliner dan Stevenson dibunuh dengan kejam. 181 00:13:22,636 --> 00:13:26,636 Ada orang cuba sampaikan pesanan. Ini yang berlaku jika buat silap. 182 00:13:26,640 --> 00:13:28,930 Mereka memburu Roscoe juga. 183 00:13:28,934 --> 00:13:33,104 Namun awak tahu siapa yang tak diburu? Mereka tak buru awak. 184 00:13:33,188 --> 00:13:35,148 Maksudnya awak tak terlibat. 185 00:13:36,233 --> 00:13:37,823 Mungkin awak yang terlibat. 186 00:13:37,901 --> 00:13:41,071 Semua ini berlaku apabila awak muncul, bukan? 187 00:13:41,071 --> 00:13:42,911 Kenapa saya patut percaya awak? 188 00:13:42,906 --> 00:13:45,366 Biar saya jawab soalan pertama awak. 189 00:13:45,367 --> 00:13:49,827 Siapa yang bunuh mereka? Saya di Memphis semasa Kliner dibunuh. 190 00:13:49,913 --> 00:13:53,463 Di New York semasa Stevenson mati, di Alabama semasa Roscoe diburu, 191 00:13:53,542 --> 00:13:55,672 di Florida semasa Jobling dan Joe mati. 192 00:13:55,669 --> 00:13:58,379 Syarikat bas dan rekod FAA mengesahkannya. 193 00:13:58,380 --> 00:14:01,300 Alibi saya kukuh. Awak boleh periksa sendiri. 194 00:14:03,009 --> 00:14:06,719 Saya dah periksa. Saya sentiasa perhatikan orang luar. 195 00:14:07,764 --> 00:14:08,644 Betul? 196 00:14:09,933 --> 00:14:13,313 Sebab kita tahu bukan saya sahaja orang luar di Margrave. 197 00:14:16,606 --> 00:14:18,606 Saya maksudkan rakan awak, Finlay. 198 00:14:19,234 --> 00:14:20,784 Dia bukan rakan saya. 199 00:14:21,778 --> 00:14:24,488 Saya menggunakannya untuk cari pembunuh Joe. 200 00:14:25,073 --> 00:14:28,953 Namun saya mula terfikir tentang polis kotor. 201 00:14:28,952 --> 00:14:32,872 Awak bersih. Teale hanya jadi ketua selepas pembunuhan bermula. 202 00:14:32,956 --> 00:14:34,496 Hanya Finlay yang tinggal. 203 00:14:34,583 --> 00:14:37,423 Dia di Margrave semasa semua pembunuhan berlaku. 204 00:14:37,419 --> 00:14:41,169 Setiap kali saya ke luar bandar dan dia sendirian, ada orang mati. 205 00:14:43,717 --> 00:14:45,337 Ayuh, Baker. 206 00:14:45,427 --> 00:14:49,427 Sebaik dia masuk ke dalam balai, saya tahu awak saling membenci. 207 00:14:49,431 --> 00:14:52,101 Ada yang tak kena pada Finlay. Awak dapat rasa. 208 00:14:55,270 --> 00:14:56,650 Memang betul. 209 00:14:57,731 --> 00:15:01,781 Satu beg bawa pulang dan sekeping juadah syurgawi. 210 00:15:02,861 --> 00:15:06,201 - Beritahu saya jika nak apa-apa lagi. - Terima kasih. 211 00:15:07,157 --> 00:15:09,827 Finlay terlibat dan saya akan buktikan. 212 00:15:09,826 --> 00:15:13,786 Cuba fikir. Dia jumpa nombor telefon Hubble dalam kasut abang saya. 213 00:15:13,872 --> 00:15:16,502 Kemudian Hubble panik dan mengaku membunuh? 214 00:15:16,583 --> 00:15:18,253 Bunyinya macam mengarut. 215 00:15:20,128 --> 00:15:24,008 Pasti ada sebab Finlay mahu Hubble dituduh membunuh Joe. 216 00:15:24,007 --> 00:15:26,587 Saya akan masuk ke rumah Hubble malam ini 217 00:15:27,677 --> 00:15:30,307 dan geledah habis-habisan 218 00:15:30,305 --> 00:15:34,175 sehingga saya jumpa bukti yang mengaitkan Hubble dengan Finlay. 219 00:15:36,019 --> 00:15:37,019 Bagus. 220 00:15:38,313 --> 00:15:41,823 Jika awak jumpa apa-apa, terus bawa kepada saya. 221 00:15:41,900 --> 00:15:43,360 Baiklah. 222 00:15:44,027 --> 00:15:45,397 Awak tahu saya di mana. 223 00:15:46,738 --> 00:15:47,858 Tepat sekali. 224 00:16:30,782 --> 00:16:31,782 Nak berburu? 225 00:16:32,659 --> 00:16:34,869 - Ya. - Perlukan apa-apa lagi? 226 00:16:34,953 --> 00:16:38,583 - Pemikat rusa baru akan tiba hari ini. - Saya bukan buru rusa. 227 00:16:40,250 --> 00:16:42,170 Saya nak satu cota. 228 00:17:45,523 --> 00:17:47,113 {\an8}PEMERHATIAN & AMARAN BERWASPADA DENGAN RIBUT KUAT 229 00:17:47,192 --> 00:17:48,742 {\an8}...musim ribut Atlantik. 230 00:17:48,735 --> 00:17:52,025 {\an8}Walaupun keadaan agak senyap tahun ini, 231 00:17:52,030 --> 00:17:54,120 ia mungkin akan berubah. 232 00:17:54,199 --> 00:17:58,159 Pesawat Pemburu Ribut terbang dalam dua misi berbeza hari ini... 233 00:19:36,593 --> 00:19:40,353 Encik dan Puan Stevenson, saya Oscar Finlay. 234 00:19:41,514 --> 00:19:43,024 Saya kerja dengan anak awak. 235 00:20:35,735 --> 00:20:40,235 Amaran banjir kilat juga baru dikeluarkan bagi LaGrange, Carrollton, 236 00:20:40,323 --> 00:20:44,293 Manchester, Margrave, Bandar Peachtree, Woodland, Greenville dan Zebulon. 237 00:20:44,369 --> 00:20:46,829 Kawasan Macon masih dalam pemerhatian, 238 00:20:46,913 --> 00:20:51,463 namun akan berubah sebaik hujan turun sebanyak tiga inci sejam. 239 00:21:20,655 --> 00:21:22,195 ...bahagian pusat bandar. 240 00:21:22,198 --> 00:21:26,158 Kami menerima laporan banjir di beberapa kawasan rendah. 241 00:21:26,244 --> 00:21:29,044 Sentiasa berwaspada, terutamanya dalam gelap. 242 00:21:29,122 --> 00:21:34,002 Sukar untuk mengetahui kedalaman dan kederasan air. 243 00:21:58,192 --> 00:22:03,032 Penonton di Daerah Warburton hantar video tingkat bawah tanahnya banjir. 244 00:22:03,031 --> 00:22:05,781 Katanya takungan pam tidak mampu menampung... 245 00:22:54,707 --> 00:22:56,497 Tengok apa yang dia mahu. 246 00:23:21,192 --> 00:23:24,282 Duduk di rumah. Kilat berbahaya. 247 00:23:24,362 --> 00:23:28,742 Tempat yang selamat termasuklah rumah, pejabat dan kenderaan bumbung keras 248 00:23:28,825 --> 00:23:30,865 dengan tingkap yang ditutup. 249 00:23:30,952 --> 00:23:33,502 Jika anda berada di luar semasa ribut, 250 00:23:33,496 --> 00:23:37,626 jauhi tempat tinggi, jangan berlindung di bawah pokok terpencil... 251 00:23:57,228 --> 00:23:59,108 Terdapat juga amaran banjir kilat 252 00:23:59,105 --> 00:24:02,275 bagi LaGrange, Douglasville, Carrollton, Manchester, 253 00:24:02,275 --> 00:24:05,355 Margrave, Bandar Peachtree, Woodland, Franklin, 254 00:24:05,361 --> 00:24:08,281 Bandar Junction, Union, Weston, Hamilton, 255 00:24:08,281 --> 00:24:12,541 Orchard Hill, Greenville dan Zebulon, serta kawasan Macon. 256 00:24:12,535 --> 00:24:16,455 Kami menambah lagi kawasan di timur laluan I-75 dalam senarai ini. 257 00:28:00,846 --> 00:28:04,846 GARAJ JOBLING FAIL KLINER MILIK GRAY 258 00:28:21,867 --> 00:28:22,907 Reacher. 259 00:28:22,910 --> 00:28:24,500 Saya dah tahu. 260 00:28:24,495 --> 00:28:27,245 Saya tahu cara mereka menghasilkan wang. 261 00:28:27,248 --> 00:28:28,998 Apa? Bagaimana? 262 00:28:29,083 --> 00:28:32,293 Profesor Columbia itu kata, kertas yang paling penting. 263 00:28:32,378 --> 00:28:35,798 Joe tak tahu macam mana mereka dapatkan kertas untuk wang tunai. 264 00:28:35,798 --> 00:28:39,048 Saya banyak mengembara dan guna macam-macam mata wang. 265 00:28:39,135 --> 00:28:41,885 Nak tahu keunikan wang kertas AS? 266 00:28:41,971 --> 00:28:43,761 Saiz semua dolar sama. 267 00:28:43,848 --> 00:28:47,598 Lunturkan dakwat wang dolar dan kertas itu boleh dicetak semula 268 00:28:47,685 --> 00:28:49,305 dalam nilai yang dikehendaki. 269 00:28:49,395 --> 00:28:51,355 Hubble pengurus mata wang mahir. 270 00:28:51,439 --> 00:28:54,189 Dia pastikan Kliner sentiasa ada bekalan wang kertas $1 271 00:28:54,275 --> 00:28:57,105 dari industri tunai yang nak sorok pendapatan. 272 00:28:57,111 --> 00:29:01,661 Pinjaman wang, kasino dan rangkaian kedai di kejiranan imigran. 273 00:29:01,657 --> 00:29:05,447 Wang satu dolar dibawa ke Margrave dari merata tempat. 274 00:29:05,453 --> 00:29:09,583 Jika satu dolar hilang, saya potong tangan awak macam di Arab Saudi. 275 00:29:09,582 --> 00:29:12,922 Pasti Kliner hasilkan cara untuk lunturkan dakwat 276 00:29:13,002 --> 00:29:14,592 tanpa merosakkan kertas. 277 00:29:14,587 --> 00:29:18,087 Sisa proses ini mencemarkan Chester, Mississippi. 278 00:29:18,174 --> 00:29:20,264 Masuk akal apabila ejen EPA dibunuh. 279 00:29:20,259 --> 00:29:23,509 Bagi melindungi operasi pemalsuan besar, dia wajar dibunuh. 280 00:29:23,596 --> 00:29:26,466 Kliner melindunginya dengan cara lain. Makanan haiwan. 281 00:29:27,641 --> 00:29:29,141 Biar betul. 282 00:29:29,143 --> 00:29:32,403 Kenapa pasir kucing digunakan untuk bersihkan tumpahan minyak? 283 00:29:32,480 --> 00:29:34,400 Ia mengandungi tanah berdiatoma. 284 00:29:34,482 --> 00:29:39,202 Agen penggumpalan penyerap yang digunakan dalam pestisid, penapis kolam, malah... 285 00:29:39,195 --> 00:29:41,735 - Makanan haiwan. - Tepat sekali. 286 00:29:41,739 --> 00:29:45,119 Jika banyak tanah berdiatoma dipesan, orang akan syak. 287 00:29:45,201 --> 00:29:48,251 Jika beli makanan lembu ternakan, tiada siapa peduli. 288 00:29:48,329 --> 00:29:52,289 Tanah dikisar menjadi agen pembersih kimia yang efektif bagi sisa kimia. 289 00:29:52,291 --> 00:29:55,291 Oleh sebab dia hampir ditangkap semasa dia buang ke sungai... 290 00:29:55,294 --> 00:29:58,594 Dia kambus dalam ladang yang banyak lembu untuk menipu, 291 00:29:58,589 --> 00:30:00,969 tapi tak cukup banyak sampai inspektor datang. 292 00:30:01,050 --> 00:30:04,760 Dia beli banyak barang itu. Pasti operasinya besar. 293 00:30:04,762 --> 00:30:09,642 Mungkin dia ada berpuluh-puluh pekerja yang disogok dan diancam. 294 00:30:09,642 --> 00:30:12,812 Selepas dicuci, wang kertas dikeringkan dan dicetak 295 00:30:12,895 --> 00:30:15,225 di sebelah depan dan sebelah belakang. 296 00:30:15,940 --> 00:30:18,980 Mereka guna wang 100 dolar sebelum tahun 1990-an 297 00:30:19,068 --> 00:30:22,948 supaya tak perlu tambah jalur magnetik keselamatan yang digunakan hari ini. 298 00:30:22,947 --> 00:30:27,617 Wang 100 yang baru dijadikan lusuh, jadi tiada siapa memeriksanya. 299 00:30:27,618 --> 00:30:30,498 Kemudian pemandu trak bawa wang itu ke Florida, 300 00:30:30,496 --> 00:30:33,416 sebelum perjalanan terakhir ke Venezuela. 301 00:30:33,499 --> 00:30:37,499 Ini cuma teori. Untuk laporkan kepada FBI, perlu ada bukti kukuh. 302 00:30:37,503 --> 00:30:40,553 Bukan sekadar wang 100 dalam poket awak. 303 00:30:40,548 --> 00:30:44,718 Kita perlukan wang palsu yang dapat dikaitkan kepada syarikat Kliner. 304 00:30:44,802 --> 00:30:48,062 Ada sebab Joe letak Garaj Jobling dalam senarainya. 305 00:30:48,055 --> 00:30:50,845 Pasti dia ada sorok wang tunai dalam rumahnya. 306 00:30:50,933 --> 00:30:54,143 Isteri Jobling tunjukkan garaj. Kotak-kotak itu kosong. 307 00:30:54,228 --> 00:30:57,768 - Saya akan pergi semula untuk geledah. - Bawa Finlay sekali. 308 00:30:57,773 --> 00:31:00,193 Baiklah. Macam mana keadaan awak? 309 00:31:00,276 --> 00:31:02,486 Kami ada pengalaman mengujakan. 310 00:31:02,570 --> 00:31:03,950 - Awak okey? - Ya. 311 00:31:03,946 --> 00:31:07,156 Sekarang kami okey. Kami di rumah Picard. 312 00:31:07,241 --> 00:31:10,241 Charlie dan anak-anaknya tidur. Saya yang berkawal. 313 00:31:10,244 --> 00:31:13,414 Mungkin dah tiba masa untuk Picard ganti saya. 314 00:31:13,414 --> 00:31:16,294 Berehatlah. Saya akan maklumkan Finlay. 315 00:31:17,209 --> 00:31:18,459 Awak telefon saya dulu? 316 00:31:19,878 --> 00:31:21,048 Ya. 317 00:31:21,130 --> 00:31:23,340 Saya cuma... 318 00:31:25,217 --> 00:31:26,967 Saya rindu berbual dengan awak. 319 00:31:28,512 --> 00:31:29,972 Selamat malam, Roscoe. 320 00:31:33,601 --> 00:31:34,811 Semuanya okey? 321 00:31:36,437 --> 00:31:37,767 Lebih baik daripada okey. 322 00:31:37,855 --> 00:31:41,065 Saya rasa Reacher baru saja membongkar kes ini. 323 00:31:50,075 --> 00:31:51,155 Reacher. 324 00:31:51,160 --> 00:31:54,790 Jumpa saya di rumah Pete Jobling. Kita akan selesaikan kes ini. 325 00:31:57,499 --> 00:31:58,919 Sabar dulu. 326 00:32:03,881 --> 00:32:05,801 - Kita ada masalah. - Masalah apa? 327 00:32:05,883 --> 00:32:06,883 Tiga kaki pukul. 328 00:32:06,884 --> 00:32:10,644 Satu masuk ke pejabat motel. Mungkin nak tahu bilik saya. 329 00:32:10,638 --> 00:32:12,768 Pasti tak lama. Dua orang lagi? 330 00:32:13,807 --> 00:32:17,517 Berdiri di depan dan nampak menakutkan. Macam mana mereka jumpa saya? 331 00:32:17,603 --> 00:32:20,773 Teale mungkin tak suka awak tapi dia kenal awak. 332 00:32:20,773 --> 00:32:23,403 Awak berani jumpa ibu bapa polis yang mati. 333 00:32:23,484 --> 00:32:25,324 Saya guna nama palsu. 334 00:32:25,319 --> 00:32:28,069 Tak mungkin awak letak kereta di depan. 335 00:32:32,743 --> 00:32:33,703 Sudah tentu. 336 00:32:33,786 --> 00:32:35,196 Okey, dengar baik-baik. 337 00:32:35,204 --> 00:32:38,084 Awak nak kata, "Mereka akan belasah awak?" 338 00:32:38,082 --> 00:32:41,842 Saya nak kata, mereka akan bunuh awak jika awak tak ikut arahan saya. 339 00:32:41,919 --> 00:32:43,379 Awak ada pistol? 340 00:32:46,340 --> 00:32:49,890 Ya, senjata sokongan saya. Revolver .32. 341 00:32:49,885 --> 00:32:52,385 Lebih baik daripada menjerit minta tolong. 342 00:32:52,388 --> 00:32:54,098 Okey, apa yang awak nampak? 343 00:32:57,309 --> 00:33:00,019 Saya dalam bahaya. Tak boleh guna pintu depan. 344 00:33:00,104 --> 00:33:02,694 Cari jalan keluar sendiri. Kuatkan suara TV. 345 00:33:04,817 --> 00:33:06,317 {\an8}Cavendish, letak senjata. 346 00:33:07,653 --> 00:33:10,993 - Awak dekat dengan unit hujung? - Selang satu bilik. 347 00:33:11,073 --> 00:33:13,783 Bagus. Beritahu saya binaan motel itu. 348 00:33:13,784 --> 00:33:18,414 Bangunan kos rendah setingkat. Mungkin sekitar 60-an atau awal 70-an. 349 00:33:18,414 --> 00:33:21,674 Dindingnya murah. Ada ruang 24 inci di antara kerangka. 350 00:33:21,667 --> 00:33:24,087 - Ada pisau lipat? - Awak ingat saya pengakap? 351 00:33:24,086 --> 00:33:27,166 Okey, ambil palang besi dari almari. 352 00:33:27,256 --> 00:33:28,916 Dia penguat kuasa undang-undang. 353 00:33:28,924 --> 00:33:31,394 Penjahat ini akan ambil alih Colby. 354 00:33:31,385 --> 00:33:34,465 - Dia mengakui semua pembunuhan. - Kami dengar. 355 00:33:38,475 --> 00:33:39,935 Saya perlu cepat. 356 00:33:39,935 --> 00:33:42,895 - Pernah lihat iklan Kool-Aid? - Jangan bergurau. 357 00:33:45,524 --> 00:33:46,824 Terima kasih. 358 00:33:46,817 --> 00:33:48,607 Ini dia. 359 00:33:48,694 --> 00:33:49,994 Saya akan ikat dia. 360 00:33:49,987 --> 00:33:54,067 Saya harap mereka akan bertindak, terutamanya dia. 361 00:33:57,035 --> 00:33:59,285 - Apa dah jadi? - Saya polis. Telefon 911. 362 00:34:10,591 --> 00:34:13,511 Jangan lupa. Saya belum dipenjarakan. 363 00:34:13,594 --> 00:34:16,514 Diam. Bercakap sama macam bertindak. 364 00:34:38,410 --> 00:34:40,200 Dia tembak tayar kita! Kejar! 365 00:34:47,127 --> 00:34:48,457 Terima kasih kerana membantu. 366 00:34:48,462 --> 00:34:51,762 Tiada masalah, Finlay. Jumpa di rumah Jobling. 367 00:34:51,757 --> 00:34:53,507 Saya tiba waktu pagi. 368 00:35:00,724 --> 00:35:01,814 Baiklah. 369 00:35:03,143 --> 00:35:04,273 Terima kasih, tuan. 370 00:35:05,729 --> 00:35:09,109 Setahu mereka, tiada siapa di dalam semasa ia terbakar. 371 00:35:09,191 --> 00:35:11,571 Jirannya kata, Judy pergi beberapa hari lalu. 372 00:35:11,652 --> 00:35:13,362 Ketua Polis fikir mungkin arson. 373 00:35:13,362 --> 00:35:16,572 Mungkin bermula pada masa mereka serang saya. 374 00:35:16,657 --> 00:35:18,027 Untuk membuang bukti. 375 00:35:18,033 --> 00:35:20,413 Bahan bukti di dalamnya dah musnah. 376 00:35:20,494 --> 00:35:24,164 Mereka takut selepas kejadian di rumah Hubble malam tadi. 377 00:35:24,248 --> 00:35:25,418 Apa yang berlaku? 378 00:35:25,499 --> 00:35:27,999 Saya bunuh Dawson Kliner dan empat orang lagi. 379 00:35:29,586 --> 00:35:32,086 Okey. Sekarang kita tiada apa-apa. 380 00:35:32,089 --> 00:35:35,549 Mujurlah Pn. Jobling tiada di sini semasa kejadian. 381 00:35:36,093 --> 00:35:37,683 Dia bukan Pn. Jobling. 382 00:35:38,929 --> 00:35:41,179 Dia tak gunakan nama keluarga Pete. 383 00:35:41,932 --> 00:35:45,772 Lihat cara Joe tulis Garaj Jobling. Dia letak koma atas di hujung. 384 00:35:45,853 --> 00:35:47,273 Milikan majmuk. 385 00:35:47,271 --> 00:35:50,231 Joe maksudkan rumah dengan dua orang Jobling. 386 00:35:50,232 --> 00:35:51,482 Rumah ibu bapanya. 387 00:35:51,567 --> 00:35:54,737 - Saya dah cakap... - Ya, perincian penting. Mari pergi. 388 00:35:56,697 --> 00:35:59,947 Jika awak rasa Pete sorok sesuatu di sini, awak boleh cari. 389 00:35:59,950 --> 00:36:04,000 - Jangan lupa kemas selepas itu. - Baiklah, puan. Terima kasih. 390 00:36:07,416 --> 00:36:10,916 Awak tahu anak saya dah mati semasa awak datang sini dulu? 391 00:36:11,003 --> 00:36:12,133 Ya, puan. 392 00:36:13,130 --> 00:36:14,210 Saya tahu. 393 00:36:15,257 --> 00:36:16,797 Kenapa tak beritahu kami? 394 00:36:18,719 --> 00:36:20,389 Awak nampak macam orang baik. 395 00:36:21,763 --> 00:36:23,183 Saya tak sampai hati. 396 00:36:33,609 --> 00:36:36,739 Macam mana kita nak cari di tempat yang bersepah ini? 397 00:36:36,737 --> 00:36:39,817 Sebab itulah Jobling sorok di sini. 398 00:36:39,907 --> 00:36:41,277 Letak di tempat berselerak. 399 00:36:41,283 --> 00:36:43,833 Jadi pokok tak kelihatan di celah hutan. 400 00:36:45,621 --> 00:36:47,831 Begitulah cara saya sorok mercun. 401 00:36:47,915 --> 00:36:50,165 Ibu bapa tak tahu helah anak-anak. 402 00:36:51,543 --> 00:36:53,713 Kita tahu apa yang kita cari. 403 00:36:53,712 --> 00:36:56,762 Kotak macam yang saya dan Roscoe nampak di rumahnya. 404 00:36:59,134 --> 00:37:00,974 {\an8}INDUSTRI KLINER 405 00:37:03,305 --> 00:37:04,345 {\an8}Kotak begini? 406 00:37:21,073 --> 00:37:24,953 Telefon Picard. Suruh dia jumpa kita di rumah ladang tempat letak Jaguar. 407 00:37:24,952 --> 00:37:29,332 Dia ada semua bukti untuk jatuhkan Yayasan Kliner dan Teale. 408 00:37:29,331 --> 00:37:31,961 Saya masukkan dalam Bentley. Kita jumpa di sana. 409 00:37:31,959 --> 00:37:33,669 Kita dah dapat mereka, bukan? 410 00:37:34,503 --> 00:37:35,713 Tepat sekali. 411 00:37:42,594 --> 00:37:44,434 MARGRAVE SEPULUH BATU 412 00:37:46,056 --> 00:37:47,016 Neagley. 413 00:37:47,933 --> 00:37:51,443 Saya ada maklumat tentang pembunuh Wilks, ejen EPA itu. 414 00:37:51,520 --> 00:37:52,350 Cakaplah. 415 00:37:52,354 --> 00:37:54,694 Ejen FBI bernama Nittmo uruskan kes itu. 416 00:37:54,690 --> 00:37:57,480 - Ejen yang tutup kes tanpa menyiasat? - Ya. 417 00:37:57,484 --> 00:37:59,824 Katanya kes itu cuma rompakan biasa. 418 00:37:59,820 --> 00:38:01,360 Saya dah siasat Nittmo. 419 00:38:01,363 --> 00:38:05,783 - Ada rumah mahal dan kereta mewah. - Macam Morrison dan Jobling. 420 00:38:05,784 --> 00:38:07,954 Kemewahan melebihi pendapatan. 421 00:38:07,953 --> 00:38:10,253 Saya dapat salinan lencananya. 422 00:38:10,247 --> 00:38:14,167 Tinggi 1.90 meter, berat 100 kilogram, rambut perang muda dan mata biru. 423 00:38:14,251 --> 00:38:16,591 Patutlah orang gelar dia "The Viking." 424 00:38:17,337 --> 00:38:20,417 Nama samaran pembunuh upahan yang bunuh ejen EPA. 425 00:38:20,424 --> 00:38:21,844 Nampaknya ada kemajuan. 426 00:38:21,842 --> 00:38:24,432 Tapi cara awak cakap macam dia dah mati. 427 00:38:24,428 --> 00:38:26,888 Dia mati akibat kanser tiga tahun lalu. 428 00:38:26,972 --> 00:38:30,522 Rakan setugas lamanya masih ada di FBI. Kita boleh soal dia. 429 00:38:30,517 --> 00:38:33,267 Dia bertugas di pejabat lapangan Atlanta. Namanya... 430 00:38:34,563 --> 00:38:35,443 Picard. 431 00:38:37,065 --> 00:38:39,935 - Mana awak tahu? - Saya cuma teka. 432 00:38:42,863 --> 00:38:44,073 Saya kena pergi. 433 00:40:31,513 --> 00:40:33,523 Terjemahan sari kata oleh: Farahiah Senin 434 00:40:33,515 --> 00:40:35,595 Penyelia Kreatif Noorsalwati Nordin