1 00:00:16,641 --> 00:00:18,601 Berapa lama awak isi pelurunya? 2 00:00:20,103 --> 00:00:21,443 Beberapa saat. 3 00:00:23,356 --> 00:00:25,066 Boleh isi enam butir. 4 00:00:35,535 --> 00:00:36,865 Tuan tak apa-apa? 5 00:00:38,663 --> 00:00:40,423 Ada sesuatu yang berubah. 6 00:00:43,501 --> 00:00:46,421 Satu lagi dah tiba. 7 00:00:53,094 --> 00:00:55,314 Simpan sikit untuk orang lain. 8 00:00:56,181 --> 00:00:58,641 Tentu kamu dah nak akil baligh. 9 00:00:59,934 --> 00:01:02,404 Siapa cepat, dia dapat. 10 00:01:05,690 --> 00:01:06,650 Tyler turun? 11 00:01:10,153 --> 00:01:12,783 Entah. Dia marah kerana saya tipu tentang laporan polis. 12 00:01:13,698 --> 00:01:14,818 Laporan polis apa? 13 00:01:15,867 --> 00:01:18,657 Kakak cakap nak failkan laporan tentang penceroboh. 14 00:01:19,746 --> 00:01:21,076 Oh, ya. 15 00:01:21,164 --> 00:01:22,174 Ia memenatkan, 16 00:01:22,248 --> 00:01:25,918 tapi kamu jumpa caranya apabila ibu tak faham magik dulu. 17 00:01:26,795 --> 00:01:28,755 Kamu akan jumpa caranya dengan Tyler. 18 00:01:29,339 --> 00:01:30,549 Harapnya begitu. 19 00:01:30,632 --> 00:01:34,052 Nampaknya keadaan dah berubah di sini. 20 00:01:34,135 --> 00:01:37,595 Ya! Tentulah, disebabkan oleh kamu. 21 00:01:38,973 --> 00:01:40,603 Kinsey, kamu ada malam ini? 22 00:01:40,683 --> 00:01:41,683 Sepatutnya, ya. 23 00:01:41,768 --> 00:01:44,808 Bagus. Ibu nak keluar makan malam, tapi tak lama. 24 00:01:47,690 --> 00:01:49,530 Bode! Apa ini? 25 00:01:49,609 --> 00:01:51,109 Kenapa kamu buat begitu? 26 00:01:51,194 --> 00:01:53,664 Ada serangga! Saya nak lindungi ibu. 27 00:01:53,738 --> 00:01:57,988 Okey. Selepas ini, cakap saja kepada ibu. 28 00:02:08,628 --> 00:02:11,258 Kalau kamu nak lindungi kami, 29 00:02:12,215 --> 00:02:13,755 hati-hati dengan kunci. 30 00:02:16,177 --> 00:02:20,137 Kakak jumpa ini di Pintu Hantu. Kamu main-main dengannya? 31 00:02:22,809 --> 00:02:25,099 Ya. Biar saya… 32 00:02:31,276 --> 00:02:32,776 ambil semula. 33 00:02:33,570 --> 00:02:35,700 Jangan tinggalkan merata-rata. Okey? 34 00:02:36,197 --> 00:02:38,407 Baiklah. Saya janji. 35 00:02:43,997 --> 00:02:47,537 Mungkin kita patut periksa kunci-kunci yang lain? 36 00:02:48,293 --> 00:02:50,633 Untuk pastikan semuanya masih ada. 37 00:02:50,712 --> 00:02:51,882 Kakak dah uruskan. 38 00:02:51,963 --> 00:02:55,553 Okey, cepat makan. Kita akan ke sekolah sepuluh minit lagi. 39 00:02:56,551 --> 00:03:01,601 Hari ini hari perjumpaan. Guru ke sekolah. Pelajar tinggal di rumah. 40 00:03:01,681 --> 00:03:05,311 Yalah, jangan tipu. Pergi berus gigi. 41 00:03:23,203 --> 00:03:25,583 Cubaan yang baik dengan koleh itu! 42 00:03:26,122 --> 00:03:29,082 Tapi sekarang, saya dah berjaya menawan ibu kamu 43 00:03:29,167 --> 00:03:31,537 dan boleh ambil mana-mana kunci. 44 00:03:32,420 --> 00:03:34,210 Tapi lihatlah kebaikannya. 45 00:03:34,297 --> 00:03:36,257 Kamu memang seronok jadi hantu. 46 00:03:37,050 --> 00:03:39,010 Kamu boleh jadi hantu selamanya. 47 00:03:39,844 --> 00:03:43,104 Jika kamu cuba hantar mesej lagi, 48 00:03:43,932 --> 00:03:45,812 saya akan bunuh keluarga kamu. 49 00:03:57,237 --> 00:03:59,277 SEBUAH SIRI NETFLIX 50 00:04:15,046 --> 00:04:17,666 Hari jadi ke-18 siapa beberapa minggu lagi? 51 00:04:20,885 --> 00:04:23,635 - Kita perlu raikan dengan epik. - Epik? 52 00:04:24,305 --> 00:04:25,885 Itu jangkaan yang tinggi. 53 00:04:26,391 --> 00:04:27,811 Biar saya uruskannya. 54 00:04:41,698 --> 00:04:43,658 - Carly? - Hei. 55 00:04:44,784 --> 00:04:46,584 Hai. Apa… 56 00:04:47,412 --> 00:04:49,542 Jadi, awak okey? 57 00:04:49,622 --> 00:04:51,962 - Ya, saya okey. Saya… - Pasti? 58 00:04:52,041 --> 00:04:53,671 Boleh cakap dengan bebas? 59 00:04:53,751 --> 00:04:57,051 Tarik telinga jika awak okey. 60 00:05:02,302 --> 00:05:05,052 Tunggu. Awak tak memandu jauh dari Montana 61 00:05:05,138 --> 00:05:07,098 kerana risau tentang saya, bukan? 62 00:05:07,682 --> 00:05:11,482 Tak guna! Awak tak boleh buat saya nampak macam hilang akal. 63 00:05:11,561 --> 00:05:13,481 Awak tahu tentang majlis pak cik saya. 64 00:05:13,563 --> 00:05:15,483 Beberapa hari lalu! 65 00:05:15,565 --> 00:05:18,855 Awak tak datang kerja. Awak tak jawab mesej saya. 66 00:05:18,943 --> 00:05:20,953 Saya tak tahu jika ada kemalangan… 67 00:05:21,029 --> 00:05:23,909 Ya, saya patut balas. Maafkan saya. Saya cuma… 68 00:05:25,908 --> 00:05:27,618 Tak sangka awak cepat risau. 69 00:05:29,412 --> 00:05:30,332 Tidak. 70 00:05:30,955 --> 00:05:33,365 Saya cuma tak suka 71 00:05:33,458 --> 00:05:37,418 apabila orang yang saya ambil berat tiba-tiba menyepi. 72 00:05:40,548 --> 00:05:44,008 Hei! Maksud saya, jelas sekali awak okey dan awak cuma… 73 00:05:44,093 --> 00:05:45,053 Ya. 74 00:05:45,136 --> 00:05:46,386 Ini rumah awak? 75 00:05:47,430 --> 00:05:50,480 Saya tak tahu apa yang saya jangka, 76 00:05:50,558 --> 00:05:53,268 tapi bukan rumah yang begini. 77 00:05:55,688 --> 00:05:56,688 Nak masuk? 78 00:05:57,607 --> 00:05:58,567 Tak. 79 00:05:59,192 --> 00:06:02,452 Saya rasa saya akan pandu pulang. 80 00:06:03,446 --> 00:06:04,986 Tentulah saya nak masuk. 81 00:06:05,073 --> 00:06:08,533 Ia nampak hebat. Bawa saya melawat rumah ini. 82 00:06:08,618 --> 00:06:12,038 Baiklah. Mari mula dengan tingkat bawah tanah gaya 70-an. 83 00:06:12,121 --> 00:06:13,251 Okey. 84 00:06:21,923 --> 00:06:24,343 Tengok. Itu Josh dan Jamie. 85 00:06:24,425 --> 00:06:27,005 Sangat mengujakan untuk kita. 86 00:06:27,637 --> 00:06:28,597 Selamat pagi! 87 00:06:29,097 --> 00:06:30,307 - Hai. - Hai. 88 00:06:31,766 --> 00:06:33,846 Hei, cantik kasut, Bode. Gaya lama. 89 00:06:33,935 --> 00:06:35,475 Awak pasti tahu, dinosaur. 90 00:06:40,066 --> 00:06:42,146 - Selamat tinggal, ayah. - Selamat jalan. 91 00:06:42,735 --> 00:06:46,525 Tak sangka budak gred lima boleh buat keyakinan saya goyah. 92 00:06:46,614 --> 00:06:49,244 Dia tak selalu begitu. Saya minta maaf. 93 00:06:49,325 --> 00:06:51,115 Dia akan suka juga saya nanti. 94 00:06:52,453 --> 00:06:54,503 Dia perlu lebih mengenali awak. 95 00:06:54,580 --> 00:06:55,620 Ya. 96 00:06:55,706 --> 00:07:00,336 Mungkin kita boleh ajak anak-anak makan bersama malam ini. 97 00:07:00,837 --> 00:07:03,377 Ada peluang untuk mengeratkan hubungan. 98 00:07:05,341 --> 00:07:08,431 - Saya sahut cabarannya. - Tak, dia akan berubah. 99 00:07:10,805 --> 00:07:12,345 Boleh saya tanya sesuatu? 100 00:07:15,810 --> 00:07:19,940 Kenapa tak cakap rumah awak diceroboh semasa majlis perkahwinan Duncan? 101 00:07:21,607 --> 00:07:22,687 Tyler beritahu. 102 00:07:23,818 --> 00:07:24,818 Oh… 103 00:07:26,320 --> 00:07:27,450 Saya… 104 00:07:28,364 --> 00:07:30,874 Saya tak mahu rosakkan hari bahagia itu. 105 00:07:31,367 --> 00:07:33,697 Atau menyusahkan sesiapa. 106 00:07:33,786 --> 00:07:35,826 Saya harap jika ada hal penting, 107 00:07:37,457 --> 00:07:39,877 kita boleh berkongsi ia bersama. 108 00:07:42,462 --> 00:07:43,462 Betul cakap awak. 109 00:07:45,590 --> 00:07:47,010 Saya akan kongsi. 110 00:07:56,309 --> 00:07:58,349 ANDA HEBAT JIKA ANDA BAIK JADI HEBAT! 111 00:08:00,104 --> 00:08:02,154 Kenapa biadab kepada ayah saya? 112 00:08:02,231 --> 00:08:03,571 Saya bergurau saja. 113 00:08:04,066 --> 00:08:05,026 Okey. 114 00:08:05,526 --> 00:08:09,066 Dah sedia untuk ujian sains? Saya belajar hingga lewat malam. 115 00:08:10,239 --> 00:08:11,069 Alamak. 116 00:08:11,157 --> 00:08:12,157 Maaf. 117 00:08:14,076 --> 00:08:15,616 Dengar sini, tak guna. 118 00:08:15,703 --> 00:08:18,373 Buat lagi dan saya korek isi perut awak. 119 00:08:28,049 --> 00:08:29,879 Dia sorok coklat di tempat kerja. 120 00:08:29,967 --> 00:08:32,507 Itu macam curang dari segi diet. 121 00:08:33,095 --> 00:08:36,095 Yakah? Mereka masih amalkan diet paleo jika bersama. 122 00:08:36,182 --> 00:08:39,692 Tentulah. Perlu amalkan 100 peratus. 123 00:08:40,811 --> 00:08:42,561 Orang percaya apa yang mereka mahu. 124 00:08:43,773 --> 00:08:44,613 Hai. 125 00:08:45,608 --> 00:08:46,478 Hai. 126 00:08:48,736 --> 00:08:51,906 Ini adik saya, Kinsey. 127 00:08:52,532 --> 00:08:54,872 - Hai. - Hei, saya Carly. 128 00:08:56,786 --> 00:08:58,616 Kawan Tyler dari Montana? 129 00:09:00,289 --> 00:09:03,379 Nampaknya ada orang terlupa untuk sebut tentang saya? 130 00:09:03,459 --> 00:09:06,459 Dia bernasib baik, saya tak mudah tersinggung. 131 00:09:06,546 --> 00:09:08,626 Saya cuma… 132 00:09:08,714 --> 00:09:10,844 Saya tahu saya tak boleh… 133 00:09:11,551 --> 00:09:14,391 Saya tak dapat sampaikan kehebatan awak kepada… 134 00:09:14,470 --> 00:09:17,100 Ya, cukuplah. Awak dah dilanda masalah. 135 00:09:19,267 --> 00:09:21,267 Jadi, awak tidur di sini? 136 00:09:24,188 --> 00:09:26,978 Tentu saya boleh cari hotel atau… 137 00:09:27,066 --> 00:09:29,316 Jangan begitu. Tidurlah di sini. 138 00:09:29,944 --> 00:09:31,954 Betulkah? Awak tak kisah? 139 00:09:32,029 --> 00:09:34,319 Kami ada banyak bilik lebih. 140 00:09:35,491 --> 00:09:37,291 Betul. Bagus. 141 00:09:40,079 --> 00:09:42,209 - Awak nak pergi? - Ya, mari. 142 00:09:44,500 --> 00:09:46,210 Awak nak ikut? 143 00:09:46,294 --> 00:09:48,634 Kami nak makan cowder di… 144 00:09:48,713 --> 00:09:51,303 Apa nama kedai itu? Kedai Phil? 145 00:09:51,382 --> 00:09:52,632 - Bill. - Bill. 146 00:09:54,635 --> 00:09:56,215 Ya, ikutlah jika kamu nak. 147 00:09:58,180 --> 00:10:00,850 Tak, kamu pergilah. Saya ada kerja rumah. 148 00:10:01,392 --> 00:10:02,642 Jumpa kamu nanti. 149 00:10:04,854 --> 00:10:06,734 - Saya bawa kereta? - Wah! 150 00:10:07,481 --> 00:10:10,321 Di mana sifat budiman itu semasa awak menyepi? 151 00:10:10,401 --> 00:10:12,571 Saya pergi ambil jaket sekejap. 152 00:10:56,197 --> 00:10:58,487 Saya patut kenal awak? 153 00:10:59,909 --> 00:11:01,869 Kamu tentu adik bongsunya. 154 00:11:03,037 --> 00:11:03,947 Tentulah. 155 00:11:04,538 --> 00:11:08,828 Oh, Bode, ini Carly. Dia melawat abang dari Montana. 156 00:11:09,377 --> 00:11:14,377 Boleh tahan, Tyler. Abang memang suka gadis berambut perang. 157 00:11:16,842 --> 00:11:17,722 Kelakar. 158 00:11:18,302 --> 00:11:23,102 Hei, cepat atau kita akan lewat untuk makan malam dengan Josh dan Jamie. 159 00:11:23,182 --> 00:11:24,602 Kita tak boleh lewat! 160 00:11:27,603 --> 00:11:30,943 Boleh tahan kasar juga adik awak itu. 161 00:11:31,023 --> 00:11:33,733 Maaf, dia tak begitu biasanya. 162 00:11:49,500 --> 00:11:51,000 NAIKKAN TAHAP! 163 00:11:51,085 --> 00:11:53,585 Budak ini memang nerda! 164 00:12:31,167 --> 00:12:34,747 Tolong bawa guac juga. Terima kasih. Guacamole. 165 00:12:37,006 --> 00:12:39,676 Jadi, Bode, mak kamu cakap kamu suka Lego. 166 00:12:39,759 --> 00:12:43,099 Saya pakar Lego ketika saya di sekolah menengah. 167 00:12:43,179 --> 00:12:45,969 Wah, kehidupan sosial awak tentu aktif. 168 00:12:46,807 --> 00:12:51,187 Ya, saya salah seorang daripada mereka yang lebih berkembang di kolej. 169 00:12:51,270 --> 00:12:56,650 Walaupun begitu, saya lebih suka belajar daripada berseronok. 170 00:12:56,734 --> 00:12:58,904 - Saya terkejut. - Hei! 171 00:13:00,196 --> 00:13:01,856 Awak ambil jurusan apa? 172 00:13:01,947 --> 00:13:04,117 Jurusan guru sejarah sekolah menengah? 173 00:13:04,700 --> 00:13:05,620 Bode. 174 00:13:05,701 --> 00:13:08,451 Mungkin ia tak menarik, 175 00:13:08,537 --> 00:13:11,077 tapi menjadi guru ialah impian saya. 176 00:13:11,165 --> 00:13:14,245 Dan sejarah ada banyak kisah yang menarik. 177 00:13:17,296 --> 00:13:20,466 Usah makan banyak kerepek. Kamu akan terlalu kenyang. 178 00:13:20,549 --> 00:13:22,969 Relaks, bakhil. Ia boleh diisi percuma. 179 00:13:23,052 --> 00:13:25,552 Minta maaf sekarang. 180 00:13:27,097 --> 00:13:28,887 Maaf. Saya bergurau saja. 181 00:13:29,558 --> 00:13:33,478 Ibu tak tahu apa masalah kamu, tapi ubah perangai kamu. Cepat. 182 00:13:34,939 --> 00:13:36,769 - Nina? - Gordie! 183 00:13:37,608 --> 00:13:38,858 Bagus dapat berjumpa. 184 00:13:38,943 --> 00:13:41,073 Maaf mengganggu tapi saya nak beritahu, 185 00:13:41,153 --> 00:13:44,413 filem Kinsey dan kawan-kawannya untuk laman web Matheson amat hebat. 186 00:13:44,490 --> 00:13:46,410 Ia iklan yang bagus untuk pekan ini. 187 00:13:46,492 --> 00:13:48,082 Syukurlah kalau begitu. 188 00:13:48,160 --> 00:13:52,250 Awak kenal Josh Bennett? Dia mengajar sejarah di akademi. 189 00:13:52,331 --> 00:13:54,381 Ya, saya dengar banyak benda baik. 190 00:13:54,458 --> 00:13:56,788 Teater nampak hebat. Syukur ia dapat diselamatkan. 191 00:13:56,877 --> 00:13:59,797 - Khabarnya ia kerana awak. - Saya cuma tulis cek. 192 00:13:59,880 --> 00:14:02,090 Nina yang buat semua kerja penting. 193 00:14:02,174 --> 00:14:04,594 Pelajar akan mementaskan Our Town. 194 00:14:04,677 --> 00:14:07,507 Ia amat serasi dengan jiwa saya. Thornton Wilder? 195 00:14:07,596 --> 00:14:09,006 Ya! Baguslah. 196 00:14:09,515 --> 00:14:10,805 Ada masalah? 197 00:14:11,308 --> 00:14:14,438 Saya perlu pergi ke tandas. 198 00:15:06,071 --> 00:15:07,161 Tuan dah sampai. 199 00:15:11,744 --> 00:15:13,664 Boleh saya tanya siapa ini? 200 00:15:14,496 --> 00:15:16,366 Kapten Frederick Gideon. 201 00:15:16,999 --> 00:15:19,839 Pegawai British dalam Perang Kemerdekaan Amerika. 202 00:15:21,003 --> 00:15:23,213 Digantung mati oleh Benjamin Locke, 203 00:15:23,297 --> 00:15:27,127 tapi hanya selepas dia buka portal. 204 00:15:27,927 --> 00:15:30,347 Wah. Tentu dia istimewa. 205 00:15:30,429 --> 00:15:33,559 Saya rasa dia amat sesuai dengan keperluan saya. 206 00:15:34,683 --> 00:15:36,563 Wadah kamu, sebaliknya… 207 00:15:36,644 --> 00:15:39,194 Ini cara untuk saya dapat akses. 208 00:15:39,271 --> 00:15:40,651 Untuk kunci? 209 00:15:41,523 --> 00:15:42,943 Tuan tahu tentangnya? 210 00:15:43,025 --> 00:15:44,855 Saya ada beberapa kunci. 211 00:15:44,944 --> 00:15:45,954 Tak lama lagi, 212 00:15:47,237 --> 00:15:49,027 saya akan dapat semuanya. 213 00:15:49,114 --> 00:15:52,374 Bagaimana tuan boleh ambil daripada keluarga Locke? 214 00:15:53,619 --> 00:15:54,909 Saya ada bantuan. 215 00:15:57,790 --> 00:16:00,750 Memandangkan kamu seorang Locke kecil sekarang, 216 00:16:00,834 --> 00:16:03,134 kamu mungkin berguna untuk saya. 217 00:16:03,212 --> 00:16:04,842 Ya, rasanya. 218 00:16:04,922 --> 00:16:07,592 Saya sudah cari kunci itu sendiri. 219 00:16:08,092 --> 00:16:11,262 Apabila jumpa, saya boleh ajar cara menggunakannya. 220 00:16:11,804 --> 00:16:13,104 Ia sangat berkuasa. 221 00:16:13,180 --> 00:16:16,140 Saya tak peduli tentang kuasa individu kunci. 222 00:16:16,225 --> 00:16:18,935 Ia melambangkan keangkuhan manusia. 223 00:16:19,561 --> 00:16:21,731 Saya mahu menggunakannya 224 00:16:23,023 --> 00:16:25,443 untuk tujuan yang lebih bermakna. 225 00:16:32,282 --> 00:16:36,412 Setiap kunci yang saya miliki menjadikan portal lebih besar. 226 00:16:36,495 --> 00:16:38,155 Dengan semua kunci, 227 00:16:38,247 --> 00:16:43,417 saya boleh menarik dunia kita untuk melintasi sempadan ke dunia ini. 228 00:16:53,971 --> 00:16:56,931 Kita tawan Rumah Kunci pada waktu subuh. 229 00:16:57,433 --> 00:16:58,563 Mereka percayakan saya. 230 00:16:58,642 --> 00:16:59,892 Saya ahli keluarga. 231 00:16:59,977 --> 00:17:02,647 Kenapa perlu berperang dengan kuasa kunci 232 00:17:02,730 --> 00:17:04,650 jika saya boleh ambil saja? 233 00:17:04,732 --> 00:17:06,572 Saya boleh jamin kejayaan tuan. 234 00:17:08,360 --> 00:17:10,570 Kami tahu tempat ia disembunyikan. 235 00:17:14,033 --> 00:17:17,543 Boleh kamu cari di dalam kabinet ini? 236 00:17:19,455 --> 00:17:20,745 Tentulah boleh. 237 00:17:21,373 --> 00:17:22,583 Saya Bode Locke. 238 00:17:28,630 --> 00:17:29,920 Jika saya buat, 239 00:17:31,300 --> 00:17:32,800 apa ganjaran untuk saya? 240 00:17:32,885 --> 00:17:33,965 Jika kamu berjaya, 241 00:17:34,053 --> 00:17:37,223 kamu jadi orang kanan saya di dunia baharu. 242 00:17:41,602 --> 00:17:42,602 Baiklah. 243 00:18:02,331 --> 00:18:03,581 Kamu ke mana? 244 00:18:05,501 --> 00:18:07,131 Saya rasa tak sihat. 245 00:18:07,211 --> 00:18:08,881 Saya rasa saya perlu pulang. 246 00:18:08,962 --> 00:18:11,802 Kamu pasti? Saya dah pesan kek tres leches. 247 00:18:12,841 --> 00:18:14,591 Saya sakit perut. 248 00:18:17,721 --> 00:18:18,681 Maaf. 249 00:18:19,890 --> 00:18:21,350 Mungkin itu lebih baik. 250 00:18:22,392 --> 00:18:24,392 Mesej saya. Beritahu keadaannya. 251 00:18:27,356 --> 00:18:29,936 Cakap betul-betul, kenapa dengan awak? 252 00:18:30,984 --> 00:18:32,694 Kenapa dengan awak? 253 00:18:39,159 --> 00:18:42,869 Percaya atau tidak, rakaman kasar The Splattering 2 dah siap. 254 00:18:42,955 --> 00:18:44,495 Kami akan menonton esok. 255 00:18:44,581 --> 00:18:47,291 Hebat. Seronok kalau saya dapat tengok. 256 00:18:47,876 --> 00:18:49,286 Ya, bagus jika awak ada. 257 00:18:49,378 --> 00:18:51,048 Apa khabar keluarga awak? 258 00:18:51,130 --> 00:18:52,010 Ibu sihat. 259 00:18:52,589 --> 00:18:54,589 Bode pelik. 260 00:18:54,675 --> 00:18:57,425 Entahlah. Mungkin permulaan akil baligh. 261 00:18:57,511 --> 00:19:00,221 Dan Tyler ada kekasih. 262 00:19:00,305 --> 00:19:01,175 Saya rasa. 263 00:19:01,265 --> 00:19:03,475 Oh, ceritalah. 264 00:19:03,559 --> 00:19:06,189 Entahlah. Dia datang dari Montana 265 00:19:06,270 --> 00:19:08,230 dan mereka nampak sangat rapat, 266 00:19:08,313 --> 00:19:10,233 tapi itu saja yang saya tahu. 267 00:19:11,483 --> 00:19:13,743 Jadi, mereka balik ke Montana bersama… 268 00:19:15,070 --> 00:19:16,570 Saya tak tahu. 269 00:19:18,991 --> 00:19:22,491 Kamu berdua tak rapat sejak dia kembali, bukan? 270 00:19:24,705 --> 00:19:28,625 Ya, dia menjauhkan diri. Banyak yang saya nak beritahu dia, tapi… 271 00:19:28,709 --> 00:19:29,629 Kamera sedia. 272 00:19:29,710 --> 00:19:31,800 Sabarlah dulu. 273 00:19:31,879 --> 00:19:33,419 Saya datang sekejap lagi. 274 00:19:34,756 --> 00:19:38,716 Maaf. Saya setuju untuk bantu mengarahkan filem pendek kawan saya 275 00:19:38,802 --> 00:19:41,222 tapi dia jadi amat mendesak. 276 00:19:41,305 --> 00:19:43,345 Yakah? Filem pendek tentang apa? 277 00:19:43,932 --> 00:19:46,812 Begini. Ia bayangan semula Alice in Wonderland 278 00:19:46,894 --> 00:19:49,814 yang menjadi alegori perjuangan imigran di Eropah. 279 00:19:49,897 --> 00:19:51,607 Ia berlatarkan masa depan. 280 00:19:52,357 --> 00:19:54,817 Jadi, Mad Max Hatter? 281 00:19:55,819 --> 00:19:58,319 Saya suka. Saya curi idea itu. 282 00:19:58,906 --> 00:20:00,946 Maaf, awak cakap tentang Tyler? 283 00:20:01,033 --> 00:20:02,663 Ya, betul. 284 00:20:02,743 --> 00:20:05,543 Ia sukar kerana dia pilih untuk melupakan magik 285 00:20:06,079 --> 00:20:08,369 tapi sekarang dia tak faham. 286 00:20:08,457 --> 00:20:11,337 - Scot, kami dah sedia. - Baiklah. 287 00:20:11,418 --> 00:20:13,378 Kins, maaf. Saya perlu pergi. 288 00:20:13,462 --> 00:20:17,472 Dia menggelabah kerana masa suntuk, tapi saya akan hubungi awak, ya? 289 00:20:17,549 --> 00:20:20,549 Sudah tentu. Semoga berjaya. Jangan rosakkannya. 290 00:20:20,636 --> 00:20:22,296 Nakal. Baiklah. 291 00:20:37,277 --> 00:20:39,817 Saya suka awak mengembara dengan daun terup. 292 00:20:40,322 --> 00:20:41,952 Ia milik datuk saya. 293 00:20:42,532 --> 00:20:44,532 Dia bawa semasa perang Vietnam. 294 00:20:44,618 --> 00:20:45,868 Dan sekarang, 295 00:20:45,953 --> 00:20:50,003 saya bawa semasa merentasi negara untuk mengejar lelaki. 296 00:20:50,707 --> 00:20:52,787 Saya ingat awak risau tentang saya. 297 00:20:52,876 --> 00:20:53,996 Ya. 298 00:20:54,086 --> 00:20:55,086 Tapi sekarang, 299 00:20:56,296 --> 00:20:59,086 saya cuma kasihan pada awak. Kalah lagi. 300 00:21:01,134 --> 00:21:03,724 Sebenarnya, saya gembira awak di sini. 301 00:21:14,856 --> 00:21:15,856 Carly… 302 00:21:17,943 --> 00:21:19,073 Okey. 303 00:21:19,152 --> 00:21:22,412 Saya fikir awak mahu. 304 00:21:22,489 --> 00:21:23,449 Akhirnya. 305 00:21:24,533 --> 00:21:25,533 Saya mahu. Saya… 306 00:21:27,995 --> 00:21:31,155 - Sebahagian diri saya mahu. - Cuma bukan bahagian besar. 307 00:21:31,248 --> 00:21:33,128 Ia tiada kaitan dengan awak. 308 00:21:33,208 --> 00:21:35,378 Ya, tentulah. Okey. 309 00:21:42,843 --> 00:21:44,143 Sebenarnya… 310 00:21:48,640 --> 00:21:50,060 Saya pernah ada kekasih. 311 00:21:50,642 --> 00:21:52,812 Biar saya teka. Dia hancurkan hati awak. 312 00:21:56,773 --> 00:21:57,733 Dia mati. 313 00:22:05,324 --> 00:22:06,704 Saya tumpang simpati. 314 00:22:08,035 --> 00:22:09,035 Apa yang berlaku? 315 00:22:11,330 --> 00:22:12,750 Dia mengalami aneurisme. 316 00:22:14,583 --> 00:22:16,423 Saya bersama dia. Dia… 317 00:22:20,630 --> 00:22:21,800 Kami banyak rancangan. 318 00:22:23,842 --> 00:22:25,842 Rancangan selepas tamat sekolah. 319 00:22:26,386 --> 00:22:27,346 Kolej. 320 00:22:30,140 --> 00:22:31,730 Kemudian dia tiada dan… 321 00:22:34,603 --> 00:22:36,613 rancangan itu tak masuk akal lagi. 322 00:22:39,566 --> 00:22:42,066 Berada di sini, saya tak dapat menerimanya. 323 00:22:42,152 --> 00:22:44,032 Saya sentiasa teringat dia. 324 00:22:47,824 --> 00:22:49,124 Itu sebabnya saya pergi. 325 00:22:59,961 --> 00:23:01,381 Baguslah awak beritahu saya. 326 00:23:09,971 --> 00:23:10,811 Hei! 327 00:23:10,889 --> 00:23:15,519 Hei. Ada kopi panas. Ibu awak buat sebelum dia keluar. 328 00:23:16,520 --> 00:23:17,600 Mana Ty? 329 00:23:18,230 --> 00:23:19,610 Mungkin masih tidur? 330 00:23:26,154 --> 00:23:28,744 Nak roti bakar? Saya buat terlalu banyak. 331 00:23:29,324 --> 00:23:31,034 Tak apa, terima kasih. 332 00:23:34,496 --> 00:23:38,536 Nampaknya awak nak buat "sarapan juara" sendiri? 333 00:23:39,626 --> 00:23:43,376 Kawan-kawan saya datang untuk tonton filem yang kami baru rakam. 334 00:23:43,463 --> 00:23:45,423 - Kamu buat filem? - Ya. 335 00:23:47,259 --> 00:23:48,639 Nak tonton dengan kami? 336 00:23:49,219 --> 00:23:50,469 Boleh juga. 337 00:23:50,554 --> 00:23:51,764 Bagus. 338 00:23:51,847 --> 00:23:54,307 Okey. Apa yang saya boleh bawa? 339 00:23:54,391 --> 00:23:55,271 Ini. 340 00:23:56,268 --> 00:23:57,228 Terima kasih. 341 00:24:12,826 --> 00:24:15,616 Maklumat kamu tak membantu, kapten. 342 00:24:24,504 --> 00:24:26,974 Di mana si bodoh ini semua sorok? 343 00:24:40,395 --> 00:24:44,015 TYLER BUAT KUNCI ALFA UNTUK CUBA SELAMATKAN JACKIE 344 00:24:44,608 --> 00:24:46,438 Begitu caranya awak buat, ya? 345 00:25:13,553 --> 00:25:16,313 - Jeritan itu sangat bagus. - Syabas! 346 00:25:17,057 --> 00:25:19,347 Ya Tuhan. Kamu di situ sepanjang masa? 347 00:25:19,434 --> 00:25:21,024 Saya tak nak mengganggu. 348 00:25:21,102 --> 00:25:23,022 Ia sangat hebat. 349 00:25:23,605 --> 00:25:24,765 - Terima kasih. - Betul? 350 00:25:24,856 --> 00:25:28,986 Abby, saya rasa emosi dan kerapuhan yang awak beri kepada Nefropidae. 351 00:25:29,069 --> 00:25:30,699 Saya rasa kesakitan awak. 352 00:25:30,779 --> 00:25:34,569 Ya, saya memang sakit. Sut udang karang itu tak muat untuk saya. 353 00:25:34,658 --> 00:25:38,618 Saya rasa pemergian Scot memaksa kita untuk meningkatkan tahap kita 354 00:25:38,703 --> 00:25:40,713 dan kita berjaya! 355 00:25:40,789 --> 00:25:42,539 - Ya. - Siapa Scot? 356 00:25:42,624 --> 00:25:45,674 Tepat sekali. Kuku besi kreatif yang hanya menghalang. 357 00:25:45,752 --> 00:25:47,302 - Doug! - Saya bergurau. 358 00:25:47,379 --> 00:25:50,259 Kawan baik kami. Dia pindah ke UK untuk ke sekolah filem. 359 00:25:50,340 --> 00:25:52,630 Kamu memang genius. 360 00:25:52,717 --> 00:25:55,217 Apabila syaitan krustasia menyerang pekan, 361 00:25:55,303 --> 00:25:57,353 bagaimana kamu fikirkannya? 362 00:25:57,847 --> 00:26:00,517 Pernah dengar, "Hidup mengilhamkan seni?" 363 00:26:01,226 --> 00:26:02,226 Ya. 364 00:26:02,310 --> 00:26:04,230 Anggaplah kami banyak pengalaman 365 00:26:04,729 --> 00:26:08,819 Baik kita cepat jika nak tayangkannya di pesta filem pelancongan 366 00:26:08,900 --> 00:26:10,280 sementara masih sesak. 367 00:26:10,360 --> 00:26:11,780 - Sesak. Tak apa. - Ya. 368 00:26:11,861 --> 00:26:12,861 Kita akan jalan. 369 00:26:12,946 --> 00:26:16,236 - Saya akan bantu kemas di sini. - Ya, Locke kecil. 370 00:26:18,535 --> 00:26:21,115 - Kami angkat barang ke kereta. - Saya akan ke sana. 371 00:26:22,581 --> 00:26:24,171 Maafkan saya. 372 00:26:24,249 --> 00:26:26,459 Tak apa. Biar saya kemas. 373 00:26:26,543 --> 00:26:27,463 Kamu pasti? 374 00:26:27,544 --> 00:26:28,554 Saya kemas. 375 00:26:29,921 --> 00:26:32,381 Okey. Ya. Terima kasih. 376 00:26:43,184 --> 00:26:46,564 Jadi, kamu guna kunci untuk buat filem, bukan? 377 00:26:47,230 --> 00:26:48,690 Ya, macamlah kamu tak tahu. 378 00:26:48,773 --> 00:26:52,243 Tentu Kinsey tunjuk tempat kami sembunyikan kunci. 379 00:26:52,861 --> 00:26:54,281 Saya rasa tidak. 380 00:26:55,155 --> 00:26:58,155 Awak pasti dia tak beritahu awak tempatnya? 381 00:26:58,241 --> 00:27:01,451 Dia mungkin sebut sesuatu. Kenapa kamu tanya saya? 382 00:27:01,953 --> 00:27:05,213 Kadangkala kami bermain dan dia alihkan kunci di rumah, 383 00:27:05,290 --> 00:27:08,170 jadi saya fikir awak boleh tolong saya. 384 00:27:08,960 --> 00:27:10,750 Kenapa tak tanya kakak kamu? 385 00:27:10,837 --> 00:27:13,797 Okey, jika awak tahu tempatnya, beritahu saya. 386 00:27:14,424 --> 00:27:16,934 - Apa maksud kamu? - Beritahu saya! 387 00:27:18,136 --> 00:27:20,466 Bertenanglah. Saya tak tahu. 388 00:27:21,931 --> 00:27:25,351 Fikir betul-betul. 389 00:27:25,977 --> 00:27:28,227 Hei! Doug, awak nak ikut? 390 00:27:28,313 --> 00:27:29,363 Saya akan naik. 391 00:27:30,023 --> 00:27:33,443 Baiklah. Saya perlu pergi. Jadi, nah. 392 00:27:43,453 --> 00:27:47,213 Tempat ini amat berbeza daripada apa yang saya jangka. 393 00:27:48,166 --> 00:27:49,626 Apa yang awak jangka? 394 00:27:51,544 --> 00:27:54,594 Ia cuma cara Tyler bercakap tentang tempat ini. 395 00:27:55,298 --> 00:27:58,468 Atau tidak bercakap. Itu yang mendekatkan kami. 396 00:27:59,260 --> 00:28:02,010 Kami tak suka cakap tentang hidup kami. 397 00:28:02,097 --> 00:28:06,057 Kami cuma nak bergurau dan berseronok. 398 00:28:07,394 --> 00:28:12,114 Mungkin saya buat tanggapan sendiri tentang tempat asalnya. 399 00:28:12,190 --> 00:28:16,320 Saya fikir dia ada masalah keluarga macam saya, tapi… 400 00:28:18,446 --> 00:28:19,776 Kamu semua hebat. 401 00:28:21,991 --> 00:28:24,161 Terima kasih. Awak pun sama. 402 00:28:24,244 --> 00:28:26,664 Awak dan Tyler nampak serasi bersama. 403 00:28:27,330 --> 00:28:29,330 Tapi kami tak bersama. 404 00:28:29,416 --> 00:28:30,876 Maaf, saya… 405 00:28:31,376 --> 00:28:33,746 Tak, kami cuma kawan. 406 00:28:39,134 --> 00:28:41,514 Dia baru cerita tentang kekasihnya. 407 00:28:42,512 --> 00:28:43,512 Jackie. 408 00:28:44,097 --> 00:28:45,007 Ya. 409 00:28:46,891 --> 00:28:48,231 Ia menyedihkan. 410 00:28:49,018 --> 00:28:49,938 Ya. 411 00:28:50,687 --> 00:28:53,477 Kini saya faham punca dia rasa terbeban di sini. 412 00:28:54,065 --> 00:28:54,935 Ya. 413 00:28:56,401 --> 00:28:58,531 Nampaknya dia lebih gembira di Montana. 414 00:29:04,367 --> 00:29:07,657 Saya nak periksa dia. Tanya jika dia nak berjalan kaki. 415 00:29:25,305 --> 00:29:26,715 Fran telefon pagi tadi. 416 00:29:28,266 --> 00:29:30,386 Rumah lama kita dijual secara rasmi. 417 00:29:31,436 --> 00:29:34,356 Ibu akan tandatangan dokumen pada hari Jumaat. 418 00:29:34,439 --> 00:29:36,859 Jadi, kita nak beli rumah baharu di sini? 419 00:29:38,693 --> 00:29:41,953 Ibu fikir mungkin kita boleh pergi ke tempat lain 420 00:29:42,030 --> 00:29:43,410 untuk mulakan hidup baharu. 421 00:29:45,658 --> 00:29:46,988 Tapi kita baru sampai. 422 00:29:47,744 --> 00:29:50,084 Kita tak rancang untuk kekal di sini. 423 00:29:55,835 --> 00:29:58,795 Ibu cuma nak balik agar ibu boleh jual rumah itu? 424 00:29:59,672 --> 00:30:03,092 Tak, ibu mahu kamu luangkan masa di sini, tapi… 425 00:30:04,469 --> 00:30:06,179 Berpindah mungkin lebih baik. 426 00:30:06,262 --> 00:30:07,762 Saya tak mahu berpindah. 427 00:30:08,807 --> 00:30:10,137 Saya nak tinggal di sini. 428 00:30:24,447 --> 00:30:25,817 Kamu rasa begitu sekarang… 429 00:30:25,907 --> 00:30:28,117 Ibu tak cakap kita akan berpindah. 430 00:30:28,201 --> 00:30:29,831 Saya tak mahu berpindah! 431 00:30:30,662 --> 00:30:31,662 Rufus. 432 00:30:35,250 --> 00:30:36,130 Rufus! 433 00:30:40,004 --> 00:30:42,974 Saya fikir kita boleh balik ke Montana dengan karavan. 434 00:30:43,049 --> 00:30:46,469 Awak boleh ikut saya, saya selalu periksa tanda had laju. 435 00:30:46,553 --> 00:30:48,053 Awak sedia untuk pulang? 436 00:30:49,931 --> 00:30:53,431 Saya tak boleh berhubung dengan keluarga saya. Terutamanya Kinsey. 437 00:30:53,518 --> 00:30:57,478 Dia seolah-olah cuba sedaya upaya untuk menjauhkan saya. 438 00:30:58,857 --> 00:31:02,107 Dia mungkin beri awak ruang untuk fikirkan masalah awak. 439 00:31:02,819 --> 00:31:04,779 Ya, saya rasa tidak. 440 00:31:04,863 --> 00:31:07,573 Jadi, cakaplah dengan dia. Tanya dia sebabnya. 441 00:31:08,491 --> 00:31:11,621 Jika awak mahu berhubung, awak perlu berusaha. 442 00:31:11,703 --> 00:31:13,753 Awak dah jadi kaunselor keluarga? 443 00:31:15,331 --> 00:31:17,291 Awak tak tahu betapa bertuahnya awak. 444 00:31:17,959 --> 00:31:21,709 Mereka mahu yang terbaik untuk awak. Saya rela buat apa saja untuk memilikinya. 445 00:31:22,881 --> 00:31:24,631 Awak tak rasa ini sukar bagi mereka? 446 00:31:24,716 --> 00:31:27,836 Awak di sini, tapi awak seolah-olah tiada. 447 00:31:28,720 --> 00:31:31,720 Baiklah. Jadi, ya. Saya akan kembali ke Montana. 448 00:31:36,436 --> 00:31:39,856 Jangan buat atas sebab yang bodoh, okey? 449 00:31:41,900 --> 00:31:45,450 Hidup saya yang hebat ini tiada ruang untuk orang tak guna. 450 00:31:51,659 --> 00:31:53,159 Apa kamu buat di sini? 451 00:31:53,244 --> 00:31:56,254 Kakak patut lap habuk lebih kerap di bawah katil. 452 00:31:56,331 --> 00:31:58,671 Dan saya mencari Kunci Alfa. 453 00:31:58,750 --> 00:32:01,250 - Apa? Kenapa? - Untuk pastikan ia selamat. 454 00:32:01,336 --> 00:32:04,586 Bagaimana jika Dodge kembali atau ada syaitan yang perlu dibunuh? 455 00:32:04,672 --> 00:32:06,802 Kakak dah cakap. Semua kunci selamat. 456 00:32:13,389 --> 00:32:15,139 Mana kamu jumpa buku itu? 457 00:32:15,224 --> 00:32:16,944 Kakak fikir penceroboh ambil. 458 00:32:20,772 --> 00:32:25,492 Rupa-rupanya tidak. Saya lupa ia ada di dalam beg galas saya. 459 00:32:25,985 --> 00:32:28,195 - Alamak! - Kenapa dengan kamu? 460 00:32:28,279 --> 00:32:30,319 Kamu biasanya lebih berhati-hati. 461 00:32:31,407 --> 00:32:35,787 Ya, alang-alang kakak sebut, mungkin kita patut periksa kunci. 462 00:32:35,870 --> 00:32:37,120 Semuanya okey. 463 00:32:38,081 --> 00:32:40,581 Kakak pun bukannya berhati-hati sangat. 464 00:32:40,667 --> 00:32:42,207 Apa? 465 00:32:42,293 --> 00:32:46,463 Sejak Tyler pergi dan kakak bertanggungjawab menjaga kunci, 466 00:32:46,547 --> 00:32:49,297 semuanya jadi kelam-kabut. 467 00:32:50,718 --> 00:32:52,718 Patutlah abang nak pergi lagi. 468 00:32:52,804 --> 00:32:56,104 - Berani kamu cakap begitu? - Apa? Tak boleh dikritik? 469 00:32:56,182 --> 00:32:57,602 Keluar dari bilik kakak! 470 00:32:57,684 --> 00:32:58,854 Bode? 471 00:33:03,898 --> 00:33:05,108 Rufus. 472 00:33:06,067 --> 00:33:07,187 Apa awak buat di sini? 473 00:33:07,860 --> 00:33:10,280 Kita sepatutnya lepak bersama. 474 00:33:12,490 --> 00:33:13,320 Betul. 475 00:33:13,408 --> 00:33:15,118 Mari kita bermain di bawah. 476 00:33:21,708 --> 00:33:25,748 Saya suka banyak benda tentang tempat ini. Seperti berkawan dengan awak. 477 00:33:25,837 --> 00:33:27,417 Tapi secara keseluruhan, 478 00:33:28,589 --> 00:33:30,589 sukar untuk saya berada di sini. 479 00:33:31,676 --> 00:33:33,886 Saya rasa perubahan bagus untuk kami. 480 00:33:34,595 --> 00:33:36,005 Rufus akan ubah fikiran. 481 00:33:37,223 --> 00:33:38,433 Entahlah. 482 00:33:39,183 --> 00:33:41,603 Dia sangat marah dengan saya sekarang. 483 00:33:41,686 --> 00:33:43,596 Jika awak nak sedapkan hati, 484 00:33:44,397 --> 00:33:46,567 Bode pun marah dengan saya. 485 00:33:47,150 --> 00:33:48,280 Mesti susah. 486 00:33:48,359 --> 00:33:50,949 Saya tak pernah lihat Bode begini. 487 00:33:51,029 --> 00:33:53,069 Ia tak normal. 488 00:33:53,156 --> 00:33:56,156 Dalam keluaran ini, orang baik lebih ramai sepuluh kepada satu 489 00:33:56,242 --> 00:33:58,662 tapi mereka ada senjata rahsia, nampak? 490 00:34:02,040 --> 00:34:03,420 Awak hilang sesuatu? 491 00:34:05,043 --> 00:34:06,753 Ya, sebenarnya. 492 00:34:08,254 --> 00:34:09,674 Saya hilang kunci. 493 00:34:10,673 --> 00:34:13,053 Saya beritahu tempat saya simpan, bukan? 494 00:34:13,134 --> 00:34:14,844 Itu maklumat sulit. 495 00:34:14,927 --> 00:34:16,547 Awak pasti saya tak beritahu? 496 00:34:18,014 --> 00:34:21,064 Mungkin di bawah papan lantai? 497 00:34:22,101 --> 00:34:23,391 Macam Dodge? 498 00:34:24,479 --> 00:34:26,609 Bagaimana awak tahu di mana Dodge sorok? 499 00:34:28,274 --> 00:34:30,494 Awak yang beritahu saya. 500 00:34:31,027 --> 00:34:33,237 Tak, saya tak beritahu. 501 00:34:33,321 --> 00:34:35,821 Hanya saya dan ibu saya yang tahu. 502 00:34:36,991 --> 00:34:37,991 Dan… 503 00:34:39,744 --> 00:34:41,164 Awak mesti terlupa. 504 00:34:46,626 --> 00:34:50,126 Hei, ingat semasa awak datang melawat saya di Minnesota? 505 00:34:52,006 --> 00:34:53,586 Bukankah Nebraska? 506 00:34:55,927 --> 00:34:57,467 Awak cuba perdayakan saya? 507 00:34:58,054 --> 00:35:00,064 Tak. Kenapa saya nak buat begitu? 508 00:35:02,517 --> 00:35:04,977 Entah. Kenapa awak nak buat begitu? 509 00:35:10,608 --> 00:35:11,648 Awak bukan Bode. 510 00:35:15,071 --> 00:35:17,821 Awak bodoh betul! 511 00:35:26,874 --> 00:35:28,794 Apa awak buat kepada kawan saya? 512 00:35:29,544 --> 00:35:30,754 Mana Bode? 513 00:35:34,632 --> 00:35:37,302 Saya patut bunuh awak dulu! 514 00:35:41,097 --> 00:35:41,967 Tak guna! 515 00:35:42,056 --> 00:35:43,716 Awak dalam tubuh manusia. 516 00:35:43,808 --> 00:35:46,268 Walau apa cara pun awak masuk, awak boleh cedera! 517 00:35:57,822 --> 00:36:00,282 Bode? Rufus? Apa dah jadi? 518 00:36:03,452 --> 00:36:06,372 Jika awak cakap apa-apa, saya bunuh mereka berdua. 519 00:36:06,455 --> 00:36:08,075 Apa yang berlaku? 520 00:36:08,166 --> 00:36:09,956 Oh, Tuhan. Kamu okey? 521 00:36:10,042 --> 00:36:11,292 Saya… 522 00:36:11,377 --> 00:36:15,257 Dia serang saya. Dia macam naik angin. 523 00:36:16,382 --> 00:36:17,222 Rufus? 524 00:36:22,346 --> 00:36:23,756 Kami pergi dulu. 525 00:36:33,274 --> 00:36:34,284 Bode, 526 00:36:35,318 --> 00:36:38,278 kamu ada lima saat untuk beritahu perkara sebenar. 527 00:36:38,362 --> 00:36:40,492 Saya dah cakap. Dia serang saya! 528 00:36:40,573 --> 00:36:42,073 Rufus takkan buat begitu. 529 00:36:42,158 --> 00:36:45,158 Kamu tak begini. Dia kawan baik kamu. 530 00:36:45,786 --> 00:36:47,366 Kenapa dengan kamu? 531 00:36:51,667 --> 00:36:52,787 Saya… 532 00:36:57,840 --> 00:37:00,800 Saya rindu ayah. Saya tak mahu Josh ganti dia. 533 00:37:06,724 --> 00:37:08,144 Itu takkan terjadi. 534 00:37:09,310 --> 00:37:13,650 Dan itu bukan alasan untuk kamu berkelakuan begini. 535 00:37:13,731 --> 00:37:15,401 Kamu bukan budak kecil lagi. 536 00:37:16,567 --> 00:37:18,987 Kamu perlu bertanggungjawab atas tindakan kamu. 537 00:37:19,070 --> 00:37:21,280 Telefon Rufus dan minta maaf. 538 00:37:22,907 --> 00:37:24,577 Okey. Saya akan telefon. 539 00:37:37,838 --> 00:37:39,718 Kamu boleh beritahu ibu. 540 00:37:41,092 --> 00:37:42,512 Ibu takkan marah. Ibu janji. 541 00:37:45,179 --> 00:37:46,809 Kami cuma bergaduh. 542 00:37:47,890 --> 00:37:48,890 Tiada masalah. 543 00:37:48,975 --> 00:37:50,765 Tapi kamu tak pernah bergaduh. 544 00:37:54,647 --> 00:37:57,317 Ibu tahu kamu marah kerana ibu nak berpindah. 545 00:37:57,400 --> 00:37:59,070 Itu tiada kaitan. 546 00:37:59,652 --> 00:38:00,782 Jadi, apa yang berlaku? 547 00:38:00,861 --> 00:38:01,821 Ia dah berakhir. 548 00:38:03,990 --> 00:38:05,240 Jangan risau. 549 00:38:21,132 --> 00:38:22,972 Mudah jika tak banyak barang. 550 00:38:24,176 --> 00:38:25,796 Boleh saya bantu awak pula? 551 00:38:31,976 --> 00:38:33,636 Kita tak angkat barang awak. 552 00:38:35,187 --> 00:38:36,607 Betul cakap awak. Saya… 553 00:38:38,482 --> 00:38:41,862 Saya perlu tinggal di sini lagi. Selesaikan masalah. 554 00:38:44,613 --> 00:38:47,533 Saya pun tak rasa awak akan kembali ke Montana. 555 00:38:51,537 --> 00:38:54,167 Saya akan hantar bil untuk duit minyak saya. 556 00:39:07,720 --> 00:39:08,640 Nampak? 557 00:39:09,305 --> 00:39:10,675 Saya dah agak ia bagus. 558 00:39:11,766 --> 00:39:13,476 Awak memang betul. 559 00:39:14,143 --> 00:39:17,023 Ya, dan ia memakan diri saya pula. 560 00:39:24,111 --> 00:39:25,491 Selamat tinggal, Tyler. 561 00:39:26,280 --> 00:39:27,240 Selamat jalan. 562 00:39:53,224 --> 00:39:54,484 Boleh cakap sebentar? 563 00:39:56,102 --> 00:39:57,062 Baiklah. 564 00:40:01,690 --> 00:40:04,150 Abang terfikir dan… 565 00:40:04,235 --> 00:40:07,565 Saya tahu apa abang akan cakap. Itu mungkin yang terbaik. 566 00:40:07,655 --> 00:40:10,405 Carly hebat dan hidup abang di Montana, jadi… 567 00:40:10,491 --> 00:40:11,781 Abang tak jadi pergi. 568 00:40:14,120 --> 00:40:14,950 Tak jadi? 569 00:40:16,288 --> 00:40:17,998 Abang mahu ada di sini untuk kamu. 570 00:40:20,584 --> 00:40:22,924 Apa-apa saja yang berlaku, abang… 571 00:40:24,380 --> 00:40:26,760 Abang nak kamu beritahu semuanya. Abang… 572 00:40:29,301 --> 00:40:30,851 Benarkan abang rapat. 573 00:40:32,888 --> 00:40:34,848 Ia tak semudah itu. 574 00:40:36,475 --> 00:40:37,345 Jadi, 575 00:40:38,269 --> 00:40:39,689 kamu perlu cuba 576 00:40:39,770 --> 00:40:43,020 kerana abang benci keadaan kita sekarang. 577 00:40:50,364 --> 00:40:53,244 Apabila abang pergi, abang buat keputusan 578 00:40:53,951 --> 00:40:55,411 untuk melupakan sesuatu. 579 00:40:57,413 --> 00:40:58,373 Contohnya? 580 00:41:01,375 --> 00:41:03,455 Untuk menghalang memori tertentu? 581 00:41:03,544 --> 00:41:05,094 Ya, lebih kurang begitu. 582 00:41:05,171 --> 00:41:07,011 Itulah yang sukar bagi saya. 583 00:41:07,631 --> 00:41:11,591 Abang buat pilihan dan saya cuba menghormati pilihan itu. 584 00:41:17,850 --> 00:41:19,190 Abang tak ingat, 585 00:41:19,268 --> 00:41:22,808 tapi jika itu berlaku, apa pun pilihan abang… 586 00:41:25,149 --> 00:41:26,479 Abang tak gembira. 587 00:41:27,818 --> 00:41:28,938 Okey? 588 00:41:29,820 --> 00:41:31,160 Abang ubah fikiran. 589 00:41:31,989 --> 00:41:34,069 Jadi, beritahu abang. 590 00:41:35,784 --> 00:41:36,914 Apa yang abang lupakan? 591 00:41:39,163 --> 00:41:41,673 Saya tak boleh beritahu abang. 592 00:41:43,042 --> 00:41:44,422 Saya perlu tunjuk. 593 00:41:46,879 --> 00:41:47,879 Jadi, tunjuklah. 594 00:41:50,674 --> 00:41:51,684 Tunggu di sini. 595 00:42:27,378 --> 00:42:28,588 Apa itu? 596 00:42:29,213 --> 00:42:31,473 Ia akan jawab semua persoalan abang. 597 00:42:32,049 --> 00:42:33,629 Semua memori yang hilang. 598 00:42:34,802 --> 00:42:36,012 Saya beri amaran. 599 00:42:36,595 --> 00:42:38,135 Bukan semuanya gembira. 600 00:42:40,558 --> 00:42:42,018 Abang cuma nak faham. 601 00:42:45,437 --> 00:42:46,807 Tarik baju ke tepi. 602 00:42:47,731 --> 00:42:48,771 Begini. 603 00:42:49,900 --> 00:42:50,990 Untuk apa? 604 00:42:51,068 --> 00:42:52,698 Saya tak boleh jelaskannya. 605 00:42:53,529 --> 00:42:57,449 Kalau abang nak faham, abang perlu percayakan saya. 606 00:42:58,242 --> 00:42:59,582 Abang percayakan saya? 607 00:43:01,996 --> 00:43:03,406 Sudah tentu. 608 00:44:36,840 --> 00:44:37,760 Ibu? 609 00:44:47,976 --> 00:44:49,766 Apa ibu buat di bilik saya? 610 00:45:04,702 --> 00:45:06,702 BERDASARKAN NOVEL GRAFIK IDW OLEH JOE HILL DAN GABRIEL RODRIGUEZ 611 00:47:23,590 --> 00:47:25,680 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman